Banners/Links

Saturday, November 6, 2010

Terbelakah Islam di Bawah UMNO-BN?



Tahukah Anda ?

Sudah lebih 60 tahun UMNO menjadi parti yang berjuang atas nama Hak Melayu. Sejak awal penubuhannya, UMNO bergerak mendahulukan perjuangan utk bangsa Melayu. Tatkala gerakan
nasionalis lain bergerak dengan slogan “Merdeka Dengan Darah”, UMNO lebih senang dengan slogannya “Hidup Melayu”.

Kini, sudah lebih 50 tahun parti itu menerajui pemerintahan negara. Bagaimana keadaan bangsa Melayu? Apakah bangsa Melayu kini mendominasi bidang keduniaan? Bagaimana pula dalam bidang kerohanian? Apakah bangsa Melayu kini mendahului bangsa lain dari segi akhlak dan moral? Bagaimana kedudukan Islam dalam masyarakat Melayu?

Jawapan bagi soalan ini perlu dijawab oleh anda sendiri. Jika saya memberikan jawapan, akan ada pertentangan pendapat. Akan ada soal jawab. Justeru, ada baiknya kita kembali kepada
fakta dan intepretasi yang kita lakukan terhadap sumber-sumber rujukan pertama mahupun sekunder berkenaan isu yang dibangkitkan ini.

Inilah yang telah saya lakukan ketika masih menuntut di sebuah IPTA untuk menyiapkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah. Saya telah melakukan kajian berkenaan sejauhmanakah Islam terbela di bawah pemerintahan UMNO bersama rakan komponennya dalam BN.

Kajian yang saya lakukan ini saya bukukan dan terbitkan sendiri dengan bermodalkan wang PTPTN. -Ahmad Henry-


Jika anda berminat untuk memiliki buku ini,
sila buat belian melalui link di bawah ini:
http://www.bukureformis.com/index.php?ref=ramdan87

No comments:

Post a Comment